Ahlan wa Sahlan fi rajmun.blogspot

Thursday, April 16, 2009

KAMUS AL-FARID

Akhirnya kamus al-Farid terbit dipasaran. Setakat ini sambutan amat menggalakkan. komen-komen yang diterima juga amat positif.

Untuk sesiapa yang masih belum mengenali kamus al-Farid, kamus ini adalah terbitan terbaru Telaga Biru Sdn. Bhd. – sebuah syarikat yang terkenal dengan hasil penerbitannya yang berkualiti. Kamus ini adalah hasil usaha keras sekumpulan pensyarah berpengalaman daripada Jabatan Bahasa al-Qur’an, Pusat Bahasa IIUM yang terdiri daripada Dr. Mohd Puzhi Usop, Ustz. Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid, Ustzh. Norasmazura Muhammad, Uszth. Marzidah Hashim dan Ustzh. Raja Munirah Raja Sulaiman.

Ia diberi nama al-Farid yang bermakna ‘unik’ bagi menggambarkan keunikan pendekatan yang digunakan dalam menghasilkan kamus ini. Ia sebuah kamus bahasa Arab yang berlainan daripada kamus-kamus yang ada di pasaran.

Antara kekuatan kamus ini ialah :

- penggunaan tri-bahasa, di mana setiap entri bahasa Arab diterangkan secara sepenuhnya menggunakan tiga bahasa (bahasa Arab-bahasa Inggeris-bahasa Melayu).

- kata kerja suruhan (فعل أمر) yang dilengkapkan pada setiap kata kerja yang diberikan. Pendekatan ini bukan sahaja dapat menambahkan perbendaharaan kata pengguna malah memudahkan mereka dalam berkomunikasi.

- merangkumi sukatan pelajaran KBSM, J-Qaf, serta perkataan-perkataan yang digunakan seharian. Sesuai untuk rujukan pelajar-pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab serta orang awam.

- dilengkapkan dengan lebih daripada 50 tajuk-tajuk pengkhususan antaranya ialah :

· Nama Allah, sifat wajib dan sifat mustahil bagiNya.
· Bacaan dalam solat, doa dan zikir harian.
· Nama-nama negara,kementerian, pertubuhan, institusi pengajian tinggi … dsb.
· Istilah-istilah khas untuk komputer, tatabahasa, pos dan lain-lain.
· Alamat-alamat laman web bahasa Arab.

Seunik namanya, al-Farid bakal menjanjikan kepuasan buat seluruh pencinta bahasa Arab.

details:

ketebalan : 768 m/s

harga di pasaran : RM 50

No comments: