Ahlan wa Sahlan fi rajmun.blogspot

Monday, July 21, 2008

erti nama Darwisy

budak ni lahir awal 2 minggu, xsempat nak decide nama dia. bila zauji tanya nak nama apa, yg teringat kat kepala hanya 3 nama, Nik Muhammad Zameer, Nik Muhammad Darwisy & Nik Muhammad Arham Aqil. Maka terpilihlah nama Nik Muhammad Darwisy. Ana dapat nama ni kat website, dalam buku pun ada. Kalau ikutkan maksud yg diberi Darwisy b'maksud "yang warak". Memg confident habislah masa tu dgn maksud yg diberi, terlupa nak check kamus atau tanya ustaz2 arab. lepas habis pantang & dan start kerja, ustaz2 pun tanya nama anak. dgn bangganya ana ckp Nik Muhammad Darwisy. berkerut dahi ustaz arab, فلماذا سمّيْتموه الدرويش؟ hah sudaah, rupa2nya Darwisy ni bermaksud seorg ahli sufi yg penampilannya dgn baju koyak rabak, berjalan ke sana ke mari seolah2 tanpa tujuan & tidak m'hiraukan hal dunia. Astaghfirullah, itu ke maksud sebenarnya.......

Moral of the story : selidik betul2 seb. namakan anak kita, rujuk kamus dan tanya ahli lughah. jgn percaya sgt pd makna yg diberikan dlm buku2 atau website. rasanya ramai yg xtahu erti sebenar nama Darwisy.

15 comments:

SaDi said...

Semoga anak itu membesar menjadi seorang yang alim dan warak... part yang lain tu dia tak ikut..

Raja Munirah Raja Sulaiman said...

Insya Allah, syukran for the comment.

prince-rhazes said...

salam. blh saya nak tnya, knp puan sampai sebut astaghfirullah selepas dapat tahu bahawa makna darwisy adalah org sufi? sesat ke org sufi ni? sampai puan menyesal letakkan nama darwisy. sedangkan baghdadi telah menyebut ahli tasawuf adalah antara ahli sunnah wal jamaah. saya rasa ust tu wahabi kerana hanya gol wahabi yg menolak tasawuf

Anonymous said...

salam. saudara anti wahabi ke? saudara tk sepatutnya meneka seseorang tu dengan berkata bahawa dia adalah wahabi.

Raja said...

syukran prince-rhazes dan ananymous, ustaz tu bukan wahabi, dan saya pun mengaku tak sepatutnya menyebut astaghfirullah. ahli sufi golongan yang cintakan Allah cuma ahli sufi yang bergelar Darwisy ni langsung tidak pedulikan hal-hal dunia. tidak menghiraukan penampilan dan sekali pandang, orang akan menganggapnya gila.

giera said...

nama ank saya akid darwisy sy ade 1 pengalaman nak di kongsikan ayah angkat sy seorang imam dia tanya sapa nama anak sy dgn bangga sy jawab akid darwisy (akid=yang kuat darwisy=yang warak) ayah angkat sy tanya blk pd saya mana dpt nama tu sy ckp dalam buku terus die diam sy pun tertanya2 knp dia diam....dan skang sy dah dpt jwapan nyer thanks...

Anonymous said...

anak saya pun namanya Adam Darwisy(nama diberi oleh arwah suami pulak tu)..harap2 anak saya membesar jadi insan yg soleh seimbang dunia dan akhirat..

ZulhensOM said...

darwisy ny gelaran org tasauf iaitu org yg kenal dan cintakan Allah... mmg wahabi anti tasauf. .. ustaz arab yg jawab tu sah2 wahabi... kita kna ingat, x smestinya dia tu ustaz arab dia cite smua btul... wahabi ni dlm otak depa cuma tau nak serang tasauf ja, tp jahil nak mmpus... jgn termakan kata2 wahabi dan jgn ambil satu rujukan saja...

VS Collection said...

segala ketetapan adalah ketetapan Allah, lebih baik dari baju koyak dan tak mengihiraukan dunia dari baju yang cantik2 sombong dan bangga diri tidak mengenal akhirat

Anonymous said...

Kita terus menganggap darwisy sebagai seorang yang warak. part berpakaian itu, kita referkan kepada sikap merendah diri. :) wallahua'lam

Anonymous said...

salam alaik...
sy pun ada tolong kwn utk namakan anak dia dgn darwisy ni....n dia letak nama anaknya muhammad dzikry darwisy...bila saya jumpa dia,tnya la nk panggil apa..then dgr dia sebut nama penuh anak dia muhammad zikri DARWISI...adoi....
sebetul2 nya,دَروِيش kan cara sebutan dia?
apa beza kalau dieja darwish atau darwisz...lari tak maksud 'yg warak' tu..
pls respon asap....
syukron...

Danur Syahi said...

Saye beranggapan disini tidak menghirauka hal dunia tu bererti dia seorg yg low profile.. dgn pakaian yg koyak rabak.. sedangkan dia seorang ahli sufi yg warak.. wallahualam

Raziman Saharudin said...

Sya setuju.segala ketetapan adalah ketetapan Allah, lebih baik dari baju koyak dan tak menghiraukan dunia dari baju yang cantik2 sombong dan bangga diri tidak mengenal akhirat

Maszaitol Aida M.Ansary said...
This comment has been removed by the author.
Lyza As said...

Allhamdulillah semuga Anak saya yg diberi nama darwish adalah ahli Sufi yg bakal menghafal 30 juzuk alquran hadis nabi dn mengikuti sunah rasul dlm hidupnya... Biar pn ade org mengatakan bahwa darwish itu adalah seorang hidup di zaman sahabat adalah seorang penipu. Allahu'alam. Semuga anak2 yg dinamakn darwish adalah ank2 yg soleh. Jgn menyesal bknkah Allah swt itu lebih mengetahui.