Ahlan wa Sahlan fi rajmun.blogspot

Monday, July 21, 2008

erti nama Darwisy

budak ni lahir awal 2 minggu, xsempat nak decide nama dia. bila zauji tanya nak nama apa, yg teringat kat kepala hanya 3 nama, Nik Muhammad Zameer, Nik Muhammad Darwisy & Nik Muhammad Arham Aqil. Maka terpilihlah nama Nik Muhammad Darwisy. Ana dapat nama ni kat website, dalam buku pun ada. Kalau ikutkan maksud yg diberi Darwisy b'maksud "yang warak". Memg confident habislah masa tu dgn maksud yg diberi, terlupa nak check kamus atau tanya ustaz2 arab. lepas habis pantang & dan start kerja, ustaz2 pun tanya nama anak. dgn bangganya ana ckp Nik Muhammad Darwisy. berkerut dahi ustaz arab, فلماذا سمّيْتموه الدرويش؟ hah sudaah, rupa2nya Darwisy ni bermaksud seorg ahli sufi yg penampilannya dgn baju koyak rabak, berjalan ke sana ke mari seolah2 tanpa tujuan & tidak m'hiraukan hal dunia. Astaghfirullah, itu ke maksud sebenarnya.......

Moral of the story : selidik betul2 seb. namakan anak kita, rujuk kamus dan tanya ahli lughah. jgn percaya sgt pd makna yg diberikan dlm buku2 atau website. rasanya ramai yg xtahu erti sebenar nama Darwisy.

23 comments:

SaDi said...

Semoga anak itu membesar menjadi seorang yang alim dan warak... part yang lain tu dia tak ikut..

Raja said...

Insya Allah, syukran for the comment.

Babuji said...

salam. blh saya nak tnya, knp puan sampai sebut astaghfirullah selepas dapat tahu bahawa makna darwisy adalah org sufi? sesat ke org sufi ni? sampai puan menyesal letakkan nama darwisy. sedangkan baghdadi telah menyebut ahli tasawuf adalah antara ahli sunnah wal jamaah. saya rasa ust tu wahabi kerana hanya gol wahabi yg menolak tasawuf

Anonymous said...

salam. saudara anti wahabi ke? saudara tk sepatutnya meneka seseorang tu dengan berkata bahawa dia adalah wahabi.

Raja said...

syukran prince-rhazes dan ananymous, ustaz tu bukan wahabi, dan saya pun mengaku tak sepatutnya menyebut astaghfirullah. ahli sufi golongan yang cintakan Allah cuma ahli sufi yang bergelar Darwisy ni langsung tidak pedulikan hal-hal dunia. tidak menghiraukan penampilan dan sekali pandang, orang akan menganggapnya gila.

giera said...

nama ank saya akid darwisy sy ade 1 pengalaman nak di kongsikan ayah angkat sy seorang imam dia tanya sapa nama anak sy dgn bangga sy jawab akid darwisy (akid=yang kuat darwisy=yang warak) ayah angkat sy tanya blk pd saya mana dpt nama tu sy ckp dalam buku terus die diam sy pun tertanya2 knp dia diam....dan skang sy dah dpt jwapan nyer thanks...

Anonymous said...

anak saya pun namanya Adam Darwisy(nama diberi oleh arwah suami pulak tu)..harap2 anak saya membesar jadi insan yg soleh seimbang dunia dan akhirat..

ZulhensOM said...

darwisy ny gelaran org tasauf iaitu org yg kenal dan cintakan Allah... mmg wahabi anti tasauf. .. ustaz arab yg jawab tu sah2 wahabi... kita kna ingat, x smestinya dia tu ustaz arab dia cite smua btul... wahabi ni dlm otak depa cuma tau nak serang tasauf ja, tp jahil nak mmpus... jgn termakan kata2 wahabi dan jgn ambil satu rujukan saja...

VS Collection said...

segala ketetapan adalah ketetapan Allah, lebih baik dari baju koyak dan tak mengihiraukan dunia dari baju yang cantik2 sombong dan bangga diri tidak mengenal akhirat

Anonymous said...

Kita terus menganggap darwisy sebagai seorang yang warak. part berpakaian itu, kita referkan kepada sikap merendah diri. :) wallahua'lam

Anonymous said...

salam alaik...
sy pun ada tolong kwn utk namakan anak dia dgn darwisy ni....n dia letak nama anaknya muhammad dzikry darwisy...bila saya jumpa dia,tnya la nk panggil apa..then dgr dia sebut nama penuh anak dia muhammad zikri DARWISI...adoi....
sebetul2 nya,دَروِيش kan cara sebutan dia?
apa beza kalau dieja darwish atau darwisz...lari tak maksud 'yg warak' tu..
pls respon asap....
syukron...

Unknown said...

Saye beranggapan disini tidak menghirauka hal dunia tu bererti dia seorg yg low profile.. dgn pakaian yg koyak rabak.. sedangkan dia seorang ahli sufi yg warak.. wallahualam

joran aksi said...

Sya setuju.segala ketetapan adalah ketetapan Allah, lebih baik dari baju koyak dan tak menghiraukan dunia dari baju yang cantik2 sombong dan bangga diri tidak mengenal akhirat

Aida said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Allhamdulillah semuga Anak saya yg diberi nama darwish adalah ahli Sufi yg bakal menghafal 30 juzuk alquran hadis nabi dn mengikuti sunah rasul dlm hidupnya... Biar pn ade org mengatakan bahwa darwish itu adalah seorang hidup di zaman sahabat adalah seorang penipu. Allahu'alam. Semuga anak2 yg dinamakn darwish adalah ank2 yg soleh. Jgn menyesal bknkah Allah swt itu lebih mengetahui.

Rabiatul said...

Salam. Benar sy pun hairan kenapa reaksi sebegitu. Dawisy mmg bermaksud sufi. Seorang darwisy xkn buat perkara yg dilarang, seorang darwisy mengejar akhirat, seorang darwisy itu penyabar, seorang darwisy itu tidak memikirkan dirinya tetapi redha Allah.

Rabiatul said...

Salam. Bg sy nama darwisy itu baik. Panggilan yg berupa doa.kita berdoa ank itu seorang darwisy/sufi.yg pentingkan akhirat dan tdk lalai dgn godaan dunia. Tiada yg slh dgn nama tu. Kalo pn ada seorang sufi nama darwisy berpakaian koyak rabak berjalan ke sana ke mari xhiraukn dunia. Dia tetap ahli sufi. Dia tetap kekasih Allah. Allah pandang dirinya. Kita belom tentu Allah pandang. Pandangan Allah adalah segalanya. Nk dibandingkan dgn pandangan manusia yg memandang dawisy itu selekeh atau tdk pdai mengimbangi dunia akhirat. Siapa kita utk judge org. Luaran dia begitu. Dalaman dia begitu suci begitu tgi makamnya. Wallahualam

FIRD said...

Anak saya Muhamad Darwisy 6 tahun. Dia Autisme. Belum boleh bercakap berkomunikasi macam budak2 normal yang lain. Kencing berak pakai semua tak ada masalah. Bantu saya doakan dia boleh berdikari.

UmiIzz said...

Aminn.. Moga ibu ayahnya diberi ganjaran syurga Allah dan darwisy dimudahkan urusannya selalu..

Dolittle said...

Anak sy Muhammad Al Darwisy, 9 thn. Alhamdulillah, x ada masalah yg pelik2. Walaupan umurnya muda, tp penyabar. Boleh tegur kakaknya x tutup aurat bila keluar ambik parcel kejap. Didikan kita ibu bapa yg penting. Taruk nama baik mcm mana pn kalau x betul didikan kita, x betul lah anak2 tu.

aida said...

Nama anak saya Tuan Syed Ahmad Darwisy. Nama di rmh saya pendekkan dengan panggilan 'aisy' (makna mewah/kaya). Mmg namakan dia 'Darwisy' dengan harapan menjadi anak yg soleh dan memberi manfaat kepada manusia yang lain. Nama ni bukan satu sumpahan pun, apatah lagi nama ni bukannya maksud menyekutukan Allah. dan tak pula disebut dalam mana-mana bahagian alquran dan hadith sebagai nama yang dicela.
Disebabkan penggunaan bahasa Arab serta sejarah dan maknanya menggambarkan sesuatu yg kurang menarik berkaitan dengan imej empunya nama, maka sebaiknya kita kena terangkan kepada anak kita tentang isu ini agar dia nanti tak terasa endah diri kerana pandangan tersebut.
Alhamdulillah, anak saya pandai membaca,menulis pada usia yang awal. yang penting bagaimana kita mendidik anak kita dengan cara yang betul dan memberi pendidikan akhlak yg sewajarnya sesuai mengikut umur dan keadaan semasa.
Apa guna ada nama yang 'glamour' dan terkadang nama yang tersangat baik maknanya tapi yg empunya badan punya akhlak yang buruk.
Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan luahan tuan punya blog ni iaitu sblm menamakan anak biarlah dari sumber yang sahih dan bukan dari info internet semata2. Niat kita bagus dah, tapi yang nak memikul beratnya nama tu, anak kita nantinya.

LDA MOM2BABY said...

Aamiin

Aida said...

Assalam...
Nama ank saya pn Darwisy, tp ustazah2 selalu menyebut sebagai darwisi...
Mmg sebutan begitu ke? Sbb sy chrck ade 2 darwisy yg berlainan maksud...
Darwish maksudnya rombongan musik
Darwisy (disebut darwisi) maksudbya ahli sufi atau warak